01.Namun begitu keharusan pemindahan organ ini adalah apabila tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Ianya juga diharuskan sekiranya tidak mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (yang masih hidup).
الأمور بمقاصدها iaitu “Segala perkara itu bergantung kepada tujuan” adalah satu lagi kaedah yang boleh diguna pakai dalam isu ini. Tujuan pemindahan organ adalah bagi menyelamatkan nyawa pesakit. Mereka yang menderma organnya untuk menyelamatkan nyawa manusia lain adalah dianggap sebagai membuat kebajikan sepertimana mereka yang mendermakan harta. Rasulullah (saw) bersabda yang bermaksud :
انما الأعمل بالنيات. وانما لكل امرئ ما نوى
Maksudnya;
“Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang itu apa yang diniatkan”
(Hadith sahih diriwayatkan oleh imam-imam Muhadithin yang 6)
02.Islam mensyaratkan pendermaan dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang yang sakit semata-mata kerana Allah SWT. Ia bukannya bertujuan untuk jual beli ataupun mendapat ganjaran.
Kaedah الضّرر يزال iaitu “Kemudharatan hendaklah disingkirkan” adalah satu lagi kaedah yang boleh digunakan. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 32:
ومن احياها فكأنّما احيا النّاس جميعا
Maksudnya:
“Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya”
Ganjaran yang Allah SWT janjikan dalam menyelamatkan nyawa manusia adalah amat besar. Sehubungan dengan itu pemindahan dan pendermaan organ adalah merupakan bentuk usaha yang diharuskan untuk menyelamatkan nyawa seseorang daripada kebinasaan.
03.Yusuf al Qaradhawi berpendapat bahawa walaupun diri manusia itu adalah amanah Allah, namun manusia diberikan kuasa untuk menguruskan dirinya. Ia sama seperti harta, meskipun ia suatu amanah Allah tetapi pemiliknya berhak menguruskan hartanya termasuk mendermakannya kepada orang lain. Cuma bezanya ialah seseorang itu boleh mendermakan semua hartanya tetapi tidak semua anggota tubuh badannya.[13]
Kaedah اذ تعارض مفسدتان روعى اعظمهما ضررا بارتكاب أخفهما iaitu “Apabila bertembung dua kemudharatan, hendaklah diberi perhatian kepada mudharat yang terbesar di antara keduanya dengan memilih kemudharatan yang lebih ringan” adalah antara kaedah lain yang boleh diguna pakai dalam isu ini. Pemindahan organ yang bertujuan untuk menyelamatkan nyawa pesakit merupakan tindakan mengambil kemudharatan yang lebih ringan iaitu pemindahan organ untuk menggelakkan kemudharatan yang lebih besar iaitu kematian. Ia tidak bertujuan untuk menghina atau menyiksa mayat, kerana apa yang dilakukan adalah semata-mata untuk menyelamatkan nyawa. Firman Allah dalam surah al-Taubah ayat 71:
والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أولياء بعض
Maksudnya:
“ Orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain .”
04.Namun terdapat garis panduan kepada siapa kita boleh mendermakan organ kita. Menurut Dr Yusuf al-Qardhawi pendermaan yang dibuat hendaklah bukan kepada tentera yang bukan Muslim yang memerangi orang-orang Islam dan juga ke atas Islam, bukan kepada seorang yang murtad dan keutamaan hendaklah diberi kepada orang Islam ke atas yang bukan Islam.[14]
Kaedah المشقة تجلب التّيسير iaitu “Kesukaran yang munasabah menjadi sebab kepada kemudahan” adalah satu lagi kaedah Fiqh yang boleh digunakan di dalam isu ini. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 185:
يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر
Maksudnya:
“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.”
05.Adalah menjadi kewajipan kita sebagai seorang Muslim untuk meringankan beban kesakitan yang dialami oleh pesakit-pesakit berkenaan lebih-lebih lagi jika mereka beragama Islam. Namun terdapat garis panduan kepada siapa kita boleh mendermakan organ kita. Menurut Dr Yusuf al-Qardhawi pendermaan yang dibuat hendaklah bukan kepada tentera yang bukan Muslim yang memerangi orang-orang Islam dan juga ke atas Islam, bukan kepada seorang yang murtad dan keutamaan hendaklah diberi kepada orang Islam ke atas yang bukan Islam.[14]
Kaedah المشقة تجلب التّيسير iaitu “Kesukaran yang munasabah menjadi sebab kepada kemudahan” adalah satu lagi kaedah Fiqh yang boleh digunakan di dalam isu ini. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 185:
يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر
Maksudnya:
“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.”
06.Allah menghendaki manusia sentiasa berusaha dan berikhtiar untuk mengatasi kesukaran yang dihadapi dalam kehidupan di dunia ini dengan mencari kemudahan dan menyelesaikan segala permasalahan hidup dengan sebaik-baiknya. Oleh itu kesukaran yang dihadapi oleh pesakit kegagalan organ peringkat akhir perlu diatasi dengan memberikan rawatan yang sesuai iaini pemindahan organ sebagai satu kemudahan kepadanya. Namun begitu Rasulullah (saw) bersabda yang bermaksud:
“Tidak boleh memudharatkan diri sendiri dan tidak boleh memudharatkan orang lain”.
Oleh itu pemindahan dan pendermaan haruslah menepati syarat-syarat tertentu sebelum boleh dilaksanakan seperti tidak memudharatkan penderma organ, dilakukan dengan izin penderma, penderma mempunyai kelayakan penuh dan sebagainya.
الضرورة تبيح المحظورات iaitu “Darurat mengharuskan yang dilarang” adalah antara kaedah fiqh yang agak penting dalam isu ini. Islam memberi kelonggaran atau rukhsah kepada mereka yang berada dalam keadaan dharurat dari pandangan syarak, melakukan perkara yang haram untuk menghilangkan kemudharatan dengan syarat tidak ada pilihan lain yang halal. Misalnya seseorang yang sangat kelaparan dan tidak menemui makanan halal ditempat terpencil maka dia dibenarkan makan makanan haram seperti daging babi sekadar untuk menjaga nyawa iaini menghilangkan kemudharatan bagi dirinya. Jadi bagi pesakit kegagalan organ peringkat akhir yang tidak lagi mampu menanggung kesusahan dan pilihan lain yang halal tidak ada, maka melakukan pemindahan organ menjadi sebagai ikhtiar terakhir untuk menyelamatkan nyawanya. Dalam ayat 173 surah al Baqarah, Allah berfirman maksudnya;
“…maka sesungguhnya terpaksa (kerana dharurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas, maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”
No comments:
Post a Comment