Tuesday, 1 September 2015

LATARBELAKANG

Pemindahan organ adalah satu pembedahan bagi menggantikan organ yang bermasalah atau berpenyakit dengan organ yang baru.[1] Organ yang digunakan datang dari dua sumber iaitu penderma yang masih hidup dan penderma yang telah meninggal dunia. Pendermaan organ pula ialah suatu prosedur  pembedahan  yang melibatkan pemindahan organ dari penderma kepada penerima organ.[2]Pendermaan organ terdiri dari pendermaan kadaverik atau dari orang yang telah meninggal dunia dan pendermaan organ semasa hidup.[3] Pemindahan organ dari penderma yang masih hidup mempunyai kelebihan berbanding dengan pemindahan organ dari penderma yang telah meninggal dunia. Ia boleh dilakukan pada masa yang sesuai dan pembedahan dapat dilakukan secara elektif di mana penderma dan penerima organ berada pada tahap kesihatan yang sesuai dan pada masa yang sesuai. Organ dari penderma hidup juga berfungsi lebih baik dan lebih lama.

No comments:

Post a Comment